November 27, 2007

















W
anita Hari Ini, rancangan popular terbitan TV3 yang bersiaran pada setiap hari, jam 12 tengahari, telah membincangkan satu topik hangat dan masih relevan dalam kehidupan masa kini iaitu ilmu penunduk. Bagi mereka yang masih samar-samar tentang apakah itu ilmu penunduk, ilmu ini juga dikenali sebagai ilmu pengasih atau ilmu guna-guna; ilmu sihir yang digunakan untuk menundukkan pasangan samada untuk tujuan baik seperti supaya suami tunjuk kasih dan tunduk ke atas kemahuan isteri atau pun yang bertujuan jahat seperti mengikis harta, membalas dendam dan sebagainya.

Walaupun kita sudah berada di era teknologi serba canggih, ilmu penunduk ini masih lagi diamalkan oleh ramai individu. Menurut hos WHI, Azizah Ariffin dan Wardina Safiyah, mungkin ramai lagi wanita dan lelaki yang teruja untuk mengamalkan ilmu terlarang ini kerana keberkesanannya telah terbukti dan wujudnya jalan pintas untuk mencapai apa yang diinginkan tanpa memikirkan kesannya kepada pasangan serta diri sendiri.

Tetamu undangan WHI, Ustazah Nor Bayah Mahamod, Pendakwah Bebas terkemuka Malaysia menegaskan bahawa ilmu penunduk ini merupakan satu cabang ilmu hitam yang perlu dielakkan kerana ianya membawa syirik kepada Allah s.w.t kerana kita sebagai hambaNya tidak meminta terus kepada Tuhan dengan cara berdoa, sebaliknya meminta kepada manusia yang lain. Allah tidak menerima ibadah mereka yang syirik dan jika tidak sempat untuk bertaubat, balasan di akhirat, azabnya tidak dapat digambarkan. Menurut Ustazah Nor Bayah juga, adalah tidak salah untuk berikhtiar dalam mencari kebahagian rumahtangga tetapi sebagai seorang Islam, kita harus tahu apakah cara yang dibenarkan agama agar kita tidak terpesong dan mengikut telunjuk syaitan.

Ilmu sihir yang digunakan untuk menundukkan pasangan ada pelbagai jenis. Jenis sihir untuk membuatkan pasangan lebih kasih dan sayang dikenali sebagai At-tiwalah. Ahli sihir akan meminta pengamal untuk membawa satu barang yang telah dipakai oleh mangsa seperti pakaian, seluar, sapu tangan yang telah terkena peluh mangsa untuk dijampi dengan beberapa batang jarum. Setelah dijampi, jarum ini akan ditanam di satu tempat tertentu. Makanan juga akan dijampi dengan benda-benda kotor seperti darah haid, kencing atau najis untuk dihidangkan kepada si mangsa. Adegan dalam filem Isteri, Perempuan dan … di mana Sofea Jane pernah melakonkan watak isteri yang dizalimi suaminya, lantas membuat nasi tangas atau nasi kangkang kepada suaminya, Nasir Bilal Khan supaya suaminya tunduk dan patuh kepada kemahuannya.

Nasi tangas merupakan salah satu daripada sihir at-tiwalah dan nasi ini dibuat dengan mengambil nasi atau makanan yang masih panas, lalu dicampurkan dengan bahan-bahan kotor yang diambil daripada badan manusia (pengamal), seperti daki, kotoran celah-celah kuku dan dikangkangkan sehingga wap daripada kemaluan jatuh dalam makanan tadi. Untuk menambah keberkesanan nasi tangas atau nasi kangkang ini, duduk mencangkung, rapatkan punggung pada nasi untuk selama lebih kurang sepuluh hingga lima belas minit dan lakukan ketika berada di dalam keadaan haid. Nasi tangas yang bertujuan untuk membuat suami bertambah sayang akan menjadikan suami seperti seorang bodoh yang takut kepada isteri dan mengikut sahaja apa yang diarahkan isteri.

Ustazah Nor Bayah menekankan berkali-kali bahawa mana-mana pihak yang menggunakan bahan-bahan lain selain daripada air kosong dan ayat suci Al-Quran adalah patut dijauhi. Memandangkan zaman sekarang ini sarat dengan pelbagai jenis rawatan alternatif di pasaran yang memberi pelbagai jenis pilihan kepada pasangan yang bermasalah dalam rumahtangga untuk tampil menerima rawatan, kebijaksanaan individu dalam menilai sesuatu rawatan amat penting. Menjawab panggilan pemanggil yang dikenali sebagai Puan Hanifah dari Kedah yang ingin meminta pendapat bolehkan seseorang mendapatkan bantuan luar kerana kusyuk dalam solatnya terganggu dengan perangai suami yang zalim zahir dan batin, Ustazah Nor Bayah menegaskan bahawa walaupun seseorang pengamal perubatan itu menggunakan ayat-ayat Al-Quran dalam rawatannya, pastikan tiada bahan-bahan lain yang diminta seperti kuku dan sebagainya.

Adalah lebih baik jika dapat menyelidiki lebih dahulu latar belakang pengamal perubatan itu samada dia seorang yang kuat beribadat atau bagaimanakah reputasinya dalam bidang perubatan Islam. Jangan terus mempercayai sekiranya bomoh atau tukang ubat menggunakan ayat Al-Quran kerana kadang-kadang perbuatan itu bertujuan sekadar untuk mengaburi mata pelanggan. Namun, jika pengamal perubatan tersebut hanya menggunakan air dan doa semata-mata tanpa menyembur air tersebut, insyaallah ianya boleh diguna pakai.

Sejenis sihir lagi yang sering diamalkan ialah sihir kasih yang dikenali sebagai sihru'-mahabbah. Sihir ini khas untuk isteri atau suami yang tamakkan harta yang dimiliki pasangan dalam memastikan pasangan tidak beralih kasih kepada orang lain lantas segala harta akan menjadi milik pengamal seorang sahaja. Sihir jenis ini memerlukan barangan peribadi isteri atau suami yang akan dijampi dan ditanam di tempat tertentu atau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman. Dengan jampi serapah itu, mangsa akan mengikut kehendak pengamal sepenuhnya. Jika kad ATM diminta, ianya akan diberi tanpa banyak soal.

Terdapat juga sihir yang lebih bahaya dikenali sebagai as-sihru'i-aswad, iaitu sihir yang bermain dengan najis, kencing atau darah nifas supaya kesannya juga kotor di mana suami akan membenci semua wanita dan kemungkinan juga akan menyebabkan suami jatuh sakit kerana termakan benda-benda kotor. Selain daripada itu, jin-jin juga boleh memainkan peranan dalam menganggu kehidupan berkeluarga dengan menjadikan pasangan kelihatan hodoh atau mengganggu dalam kehidupan berkelamin dengan menyebabkan si suami berasa seolah-olah adanya sepotong daging menyekat faraj isteri atau apabila suami cuba mengadakan hubungan seks dengan isteri, jin akan mematikan suis ransangan seks yang berpusat di otak lantas menjadikan alat kelamin yang menegang keras serta merta terkulai layu dan lembik.

Menurut Ustazah Nor Bayah, seorang teman beliau pernah mengalami kejadian terkena ilmu penunduk dan mangsanya ialah si isteri. Perkahwinan tersebut bukan sekufu di mana isteri lebih kaya daripada suami. Selepas berkahwin, keluarga pihak perempuan itu perasan bahawa anak perempuannya menyara segala-gala perbelanjaan dan walaupun diherdik dan dihina oleh si suami, anaknya tidak membalas. Lantas menyedari ada sesuatu yang tidak kena, ibu bapa dan keluarga si isteri telah mencari ikhtiar dengan membaca Yasin dan ayat-ayat Al-Quran kepada anaknya. Alhamdulillah anaknya dapat diselamatkan setelah sembilan tahun berumahtangga.

Ilmu penunduk bukan penyelesaian kepada masalah rumahtangga tetapi ianya akan menjadi masalah kepada sesebuah rumahtangga yang dibina. Sebagai seorang Islam, tidak ada tembok antara kita dengan Allah dan doa itu merupakan senjata kita yang paling berkuasa. Allah menjanjikan manusia cabaran di dunia dan melihat bagaimana manusia menghadapinya. Menurut Ustazah Nor Bayah, Allah sering menyuruh malaikat turun ke bumi untuk memberi manusia cabaran kerana Allah rindu untuk mendengar manusia berdoa kepadaNya.

Sifat-sifat negatif harus diganti dengan sifaf-sifat positif dan untuk pasangan suami isteri, tanamkan kasih sayang dalam rumahtangga dengan cara yang betul. Pelbagai doa yang boleh diamalkan untuk mengeratkan kasih sayang di antara suami isteri. Di antaranya ialah surah Ali Imran ayat ke 31 yang bermaksud Katakanlah: “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Bagi mereka yang mempunyai pasangan panas baran, gunakan surah Al Hasymi ayat ke 21 untuk berdoa agar dia cepat sejuk hati.

Dari Abdillah bin Mashud Radiallahu-Anhu katanya: Saya telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sesungguhnya jampi, tangkal dan ilmu pengasih itu adalah syirik. (Riwayat Al-Imam Abu Majah). Rasullullah s.a.w juga pernah cuba disihir oleh orang Yahudi, maka diturunkan Allah surah tiga Qul agar dapat melindungi Rasullullah daripada disihir.

Bagi mereka yang mengamalkan ilmu penunduk atau ilmu sihir, kesannya ialah dibenci oleh Allah s.w.t dan diberikan jiwa yang kucar-kacir yang akhirnya kehidupan akan ditimpa kebinasaan. Jalan terbaik untuk kembali ke pangkal jalan ialah dengan bertaubat nasuha kerana Allah tidak pernah menganiaya hambaNya.

posted by slipiwalker at 11/27/2007 11:22:00 PM 0 comments























C
inta itu buta tetapi sang pencinta harus ada mata. Setia itu dipinta tetapi jangan akur membuta. Si empunya jiwa diberi naluri untuk mengetahui bila masanya cinta itu perlu pergi. Sebagai seorang insan, kita bertanggungjawab kepada hati dan tubuh badan sendiri. Acapkali kita mendengar kisah wanita yang dibelasah pasangan lebam biru pecah berdarah tetapi masih setia menunggu pemangsa atas alasan hati masih sayang, kalbu masih cinta. Tidak kurang juga segolongan manusia yang menerima sahaja apabila diherdik dan dihina hanya kerana takut kehilangan si dia. Kejadian di mana pasangan berkali-kali curang juga tidak mengapa asalkan kau dan dia masih bersama.

Sang pencinta harus tahu bila masa untuk pergi, untuk walk away daripada sesebuah perhubungan. Tidak semestinya kita menyediakan prasyarat atau peraturan tertentu dalam perhubungan tetapi batas-batas yang jelas ada tidak harus dilangkahi oleh pasangan sewenang-wenangnya tanpa rasa bersalah dan tanggungjawab. Elakkan diri daripada menjadi mangsa hanya kerana hati tidak kuat untuk melangkah pergi untuk memperjuangkan hak sendiri.

Tidak Perlu Tele Dera Cuma Perlu Cabut Segera
Penderaan dari segi apa pun dalam perhubungan tidak perlu ada toleransi. Bercinta itu nikmatnya bahagia, ceria dan dihiasi hati berbunga-bunga. Sesuatu yang menyakitkan daripada segi fizikal, mental serta emosi jangan dibiarkan melarat sehingga tidak terkawal dan membiarkan diri menjadi mangsa yang malang bertahun-tahun kerana tidak tahu mencari jalan keluar. Perasaan hormat menghormati antara pasangan bercinta itu sangat penting. Jangan sesekali pun membiarkan pasangan anda memanggil anda dengan panggilan yang tidak senonoh, negatif, memalukan ataupun membiarkan anda menjadi bahan lawak semasa. Andai terjadi, put a stop to it at once! Beritahu dia apa yang anda rasa dan bagaimana anda tidak suka dengan perbuatannya. Jika dia berubah, tidak salah untuk diberikan peluang kedua, namun jika dia tidak ‘kebah’, angkat kaki jalan sahaja tinggalkan dia.

Mereka yang tidak menghormati pasangan di awal perhubungan akan menjadi lebih teruk lagi apabila sudah lama berpasangan. Mungkin kaki tangan dia juga akan naik ke badan anda kerana bagi dia, anda ‘kepunyaannya’, lantas ikut suka dialah untuk buat apa pun terhadap anda. Sekali tamparan hinggap di muka, itu tanda kau harus pergi dan jangan kembali lagi. Individu yang suka mendera pasangan secara fizikal selalunya mempunyai kepakaran memujuk rayu tahap dewa dewi dan selepas anda dibelasah cukup-cukup, akan keluarlah kata-kata manis meminta maaf berkali-kali atas alasan dia tidak berniat menyakitimu. Lupakan sahaja dia! Dengan orang sebegini rupa, pisang sentiasa berbuah dua kali. Oleh itu jalan terbaik ialah dengan melepaskan diri dari dia. Kita ini dijadikan Tuhan punya jiwa, punya rasa. Kesakitan yang tidak relevan atau tidak layak kita terima dalam perhubungan tidak perlu dipertimbangkan langsung.

Penderaan dari segi emosi juga perlu diambil kira. Sebagai contoh, dia membuat anda sentiasa terasa kurang dari segala segi, apa pun yang anda lakukan tidak cukup untuk dia. Dia sentiasa membandingkan dirimu dengan orang lain, berlaku curang dengan insan lain kerana kononnya anda tidak ada apa yang dia pinta dan lain-lain lagi. Perasaan serba salah yang dicetuskan pasangan anda ini merupakan penderaan emosi yang anda tidak perlu hadapi. Yakinkan diri bahawa masih ada ramai di luar sana yang layak menerima cinta anda daripada dia yang sering menyakiti.

Duitku Duitmu Jua?
Isu duit dan kewangan sering membuat pasangan bercakaran kerana di zaman ini lelaki dan perempuan juga punya kerjaya yang baik-baik belaka. Dalam perhubungan perlu hadir kepercayaan tetapi dalam masa yang sama perlu wujudnya tanggungjawab ke atas perbelanjaan masing-masing. Andai teman lelaki membelanjakan duit anda umpama gaji itu atas titik peluh dia, anda perlu cari jalan untuk keluar daripada parasit yang hanya akan menyusahkan kehidupan anda. Bagi lelaki juga, andai anda punya pendapatan lumayan dan sudi untuk treat kekasih hati sepenuh masa, silakan. Tetapi, hati-hati dengan lintah darat betina yang mungkin baik dengan kamu hanya untuk mengikis apa yang kamu ada.

Restu Mereka Syurga Kita
Selalu dengar orang berkata betapa pentingnya restu ibu bapa dalam perhubungan kerana secara default, ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Ibu bapa merupakan orang yang akan perasan sekiranya ada kejanggalan di dalam perhubungan kita. Mereka makan garam dulu lantas mereka tahu menilai pasangan yang kita bawa jumpa. Sekali pandang mereka sudah agak tahu apa jenis teman yang kamu ada, jadi prihatinlah kepada komen-komen yang diterima daripada mereka. Jangan tidak mengendahkan nasihat mereka atas alasan anda lebih tahu tentang pasangan anda. Harus diingat bahawa apabila diri dilamun cinta, banyak kekurangan yang kita tidak nampak. Jika ibubapa menentang keras perhubungan kita, tentu sekali ada sebab yang baik dan mereka melakukannya untuk masa depan anak-anak mereka.

Mengapa dalam zaman ini di mana semua info terletak di hujung jari, manusia sering kalah dengan emosi sendiri dan gagal membuat pertimbangan yang wajar? Tuhan memberi kita naluri dan sentiasa melindungi hambaNya daripada dikhianati. Kalau hati sendiri sudah tidak sedap rasa, jangan buat-buat tidak perasan dan teruskan juga perhubungan sedia ada. Sayangi diri sendiri dan pastikan hanya yang terbaik ada di sisi.

posted by slipiwalker at 11/27/2007 11:05:00 PM 0 comments

November 17, 2007

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;

Produk HEBAT yang di cari-cari oleh SEMUA orang!

Dengan Modal Mula RM 50,
Anda mampu menjana pendapatan Sampingan sehingga RM 27,xxx.00!

Untuk maklumat lanjut;

http://www.Tinta2u.com/slipiwalker
http://www.Tinta2u.com/slipiwalker
http://www.Tinta2u.com/slipiwalker


Perniagaan ini sungguh MUDAH. Cuma SMS dan EMAIL laman web anda kepada kawan2. Selainnya, kami buatkan untuk anda.

Anda juga di jemput menyertai kami dalam pemasaran produk HEBAT ini, juga produk-produk lain sebagai alternatif kepada menambahkan pendapatan anda dalam kemelut kegawatan dan kos kehidupan yang makin meningkat.


Terima kasih
---
HASRIZAL HASHIM
Layari http://www.Tinta2u.com/slipiwalker

posted by slipiwalker at 11/17/2007 05:38:00 PM 0 comments




AlatPenjimatan.Com

posted by slipiwalker at 11/17/2007 05:27:00 PM 0 comments